VIDEO MERDEKA

Siapa Kami?

VISI

Membangun sistem nilai dalam legasi Malaysia yang sifar toleransi rasuah dan bebas dari penyalahgunaan kuasa. A society with zero-tolerance for corruption and abuse of power or authority led by leaders with high moral-ethical integrity in a democratic ecosystem which upholds justice, equity and shared prosperity

MISI

Gerakan dari rakyat demi rakyat untuk memulihkan & membentuk ransformasi dan integriti #NilaiMoralKarakterBangsa Malaysia dengan menghapuskan kereputan akhlak dan segala bentuk korupsi Movement from people to people to restore & shape the transformation and integrity of the nation #NilaiMoralKarakterBangsa Malaysia by uninstalling moral decay and all forms of corruption

OBJEKTIF

JIWA Memperkasa ‘Belief System’ berteraskan Agama MINDA Perubahan kerangka fikir dengan meletakkan asas Rukun Negara, sistem pendidikan, adaptasi teknologi 4IR KESEJAHTERAAN FIZIKAL Perubahan karakter melalui kesedaran dan penguatkuasaan SOUL Empowering the Belief System MIND Mindset Change Rukun Negara as foundation and adaptation to 4IR technology WELNESS Behavioral change through awareness and law enforcement

Call to action

Apakah Rasuah?

apakah rasuah

Pasukan Teras Rasuah Busters

KETUA PASUKAN
Dato Hussamuddin Hj Yaacub

Ketua Pasukan #RasuahBusters yang mencetuskan inisiatif gerakan moral dalam usaha membangunkan #NilaiMoralKarakterBangsa. Menerajui Kumpulan Karangkraf selama 40 tahun, beliau memperkasakan platform media Sinar Harian melalui percetakan dan digital sebagai ejen penting dalam mendidik nilai-nilai murni dan memupuk keharmonian dalam masyarakat di Malaysia. Beliau juga pencetus kepada kempen World Quran Hour, Baca Faham, Amal Al-Quran yang menyasarkan perubahan ekosistem ummah melalui transformasi sistem operasi yang didasarkan kepada wahyu al-Quran dan As Sunnah secara khususnya kepada umat Islam. #RasuahBusters merupakan gerakan rakyat demi rakyat agar sebuah transformasi berpaksikan sistem nilai dapat dibangunkan untuk negara Malaysia.

Hushamuddin

Shah Hakim Zain

Berpengalaman luas sebagai juruaudit, juga di dalam pelbagai bidang industri perniagaan, bertindak sebagai konsultan dan pengurus perundingan dan operasi di sektor- sektor swasta di dalam dan luar negara.

Dr G Manimaran

Berpengalaman sebagai wartawan selama 22 tahun di pelbagai organisasi media dari tahun 1991-2013. Beliau menceburi bidang komunikasi korporat sejak tahun 2013 termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) 2018-2020.

Harmandar Singh

Merupakan seorang Profesor Adjung dalam bidang Komunikasi di Taylor's Uni's School of Media and Communication. Beliau menerajui industri kreatif pengiklanan di agensi-agensi terkemuka di London, New York, Tokyo dan Manila serta telah menghasilkan lebih 400 iklan televisyen. Beliau menjadi kolumnis mingguan untuk akhbar The Star dan New Sunday Times sejak 11 tahun lalu serta penulisannya berkisar tentang media, pemasaran dan iklan. Beliau juga mengetuai misi media untuk MERCY Malaysia ke Nepal dan kem pelarian di Beqaa Valley, Lubnan serta sehingga kini merupakan Pemegang Amanah Mercy Malaysia UK.

Fazrul Ismail

Merupakan Pengerusi Akademi Sinergi Ikhlas dan Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Beliau mendapat pengiktirafan sebagai Jurulatih HRDF Certified Analyst; Charlie Predictive Analytics, USA; Pengiktirafan Business Model Canvas Singapura; Pengiktirafan Jurulatih GEM International, Singapura dan Pengiktirafan Coaching Institut Spencer, Los Angeles; California. Beliau berkepakaran sebagai jurulatih dalam bidang keusahawanan dan softskills serta banyak menyampaikan siri latihan dengan mengambil pengajaran dari al-Quran dan Sunnah. Latar belakang pendidikan beliau di bidang Kejuruteraan Kimia Amerika Syarikat dan Mesir menjadikan modul latihannya amat istimewa dengan rujukan wahyu serta perlaksanaannya secara praktikal di peringkat universal.

Richard M Devaraj

Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Interim, Shieldcard Holdings Sdn Bhd (AXXESS). Profesion beliau adalah seorang akauntan yang kini bergiat di dalam industri insurans dengan pengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang kewangan dan operasi di Malaysia, Asia Tenggara dan di Korea.

Anas Zubedy

Merupakan Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd dan mengetuai pasukan yang terdiri daripada individu-individu komited dalam membentuk perubahan keperibadian, transformasi organisasi, memberi latihan dan kursus-kursus berkaitan komunikasi serta pemasaran selain kepimpinan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Anas memfokuskan setiap gerak kerjanya berteraskan integrasi, kefahaman agama dan etnik dan kesederhanaan. Beliau juga menerbitkan sejumlah buku yang memfokuskan kepada perpaduan masyarakat.

Jonson Chong

Merupakan perunding pendidikan dan usahawan sosial. Beliau merupakan aktivis dan seorang peguam yang memperjuangkan hak asasi manusia. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam arena politik selama lebih 10 tahun. Jonson mempunyai prinsip jelas dalam berusaha membawa nilai-nilai murni kepada Malaysia yang perlu dibangunkan secara organik.

Marhaini Yusoff

Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang menggerakkan pelbagai program kempen berinteraksi dengan Al-Quran Baca Faham Amal melalui wujudnya Rumah Ngaji dan program-program antaranya QuranHour dan QuranTime. Lulusan Pentadbiran Perniagaan (BBA) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Marhaini kini meneruskan usaha mewujudkan Lembah Al Quran (Quranic Valley) bagi mengumpulkan pakar pengkaji dan Sahabah al-Quran dalam usaha membawa perubahan ekosistem berteraskan panduan wahyu dari al-Quran dan Hadith.

Farah Hussamuddin

Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian. Farah berpengalaman luas dalam industri media dan memberi nafas baharu kepada dunia digital dan percetakan. Graduan Edith Cowan University, Australia dalam bidang komunikasi ini merupakan nadi dan teraju penting Kumpulan Media Karangkraf yang telah beroperasi lebih 30 tahun sebagai penerbit, pencetak dan pengedar majalah, akhbar dan novel terbesar di Malaysia yang turut menerbitkan al-Quran, majalah serta buku-buku dalam pelbagai kategori.

Chiew Ruoh Peng

Merupakan seorang penulis karya-karya berbahasa Cina di Malaysia. Selain karya sastera, beliau menjadi kolumnis untuk China Press, Nanyang Siang Pau, The Interview dan New Life Post. Beliau juga merupakan Presiden di Mentor Publishing Sdn Bhd serta pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di The Name Technology Sdn Bhd.

Nurhayati Nordin

Bertindak selaku Ketua Sekretariat #RasuahBusters. Beliau merupakan bekas peguam lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang sebelum ini memegang portfolio sebagai Pengurus Perhubungan Strategik di Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Beliau juga merupakan aktivis sosial dalam pembangunan karakter melalui pemerkasaan fitrah insan dengan model penerapan nilai murni berteraskan al-Quran, Sunnah dan Rukun Negara di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan.

Naquiah Noor

Mengawal selia bahagian strategi dan operasi untuk Sinar Karangkraf Sdn Bhd. Setelah memperoleh BSc dalam Pengajian Psikologi dan Pengurusan Gunaan dari University of Nottingham Malaysia Campus, beliau kini sedang mengikuti MSc dalam Pengurusan Projek Strategik dari Universiti Heriot-Watt. Pengalamannya merangkumi pengembangan perniagaan, perancangan, perubahan, pengurusan operasi, kandungan digital dan pengurusan acara sambil mengkhususkan diri dalam strategi digital.

Berita

    No feed items found.