BeritaʻJangan pandang remeh pendedahan CPIʼ

ʻJangan pandang remeh pendedahan CPIʼ

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk lebih peka dan mengambil berat terhadap sebarang pendedahan yang dibuat berhubung isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan semua pihak di negara ini.

Pengarah Eksekutif Centre To Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel berkata, tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyifatkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) sebagai tidak berlandaskan bukti kukuh serta bersifat persepsi adalah tindakan yang mengejutkan.

Katanya, kajian pakar daripada TI-M yang melibatkan institusi kewangan antarabangsa dan pemain industri seharusnya diambil perhatian serius, bukan dilihat sebagai sebuah pandangan atau persepsi semata-mata.

Menurutnya, kaedah dan keputusan kajian yang dilakukan itu diperakui bebas serta mendapat kelulusan daripada pemegang amanah badan tersebut di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Kajian CPI ini menyediakan kelengkapan penting untuk pelabur asing membuat pelaburan bersesuaian di negara ini.

“Maka persepsi pengukuran CPI tidak pernah diragui biarpun Transparency International (TI) ada menegaskan bahawa ia bukanlah satu kadar pengukuran sepenuhnya tepat tentang isu rasuah di sesebuah negara.

“Namun ia tidak berhenti di situ sahaja apabila mereka (TI) menyatakan CPI adalah kajian melibatkan pelbagai perkara termasuk hak asasi kemanusiaan dan etika perniagaan.

“Oleh itu, Azam sebagai pegawai tertinggi di SPRM perlu menjelaskan dengan lebih baik nilai-nilai yang terkandung dalam CPI tersebut,” katanya.Sementara itu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) turut menuntut agar Azam tidak memperlekehkan pendedahan daripada CPI.

IDEAS dalam kenyataannya memaklumkan, walaupun CPI hanyalah indeks mengukur persepsi terhadap rasuah, ia tidak patut diperlekeh, sebaliknya perlu dipandang serius untuk diambil tindakan.

Jelasnya, sebarang persepsi terhadap keburukan tahap rasuah sudah cukup untuk menunjukkan bahawa tindakan tegas harus diambil oleh SPRM.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy