Berita'Ada masalah besar dalam sistem, segerakan reformasi SPRM'

‘Ada masalah besar dalam sistem, segerakan reformasi SPRM’

SHAH ALAM – Pasukan Rasuah Busters menuntut reformasi struktur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan segera bagi menjamin kredibiliti dan integriti kerajaan.

Tuntutan tersebut dibuat bersama enam rakan gabungan berkenaan iaitu Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Transparency International Malaysia (TI-M), Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Undi18 dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, reformasi wajar dilakukan demi fokus yang lebih besar iaitu membersihkan sistem sedia bukan hanya memberi tumpuan terhadap kes membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang sedang hangat ketika ini.

“Kami ambil kesempatan menjadikan kes tuduhan ini sebagai momentum untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kalaulah badan yang menangani rasuah pun boleh timbul perkara ini, maknanya ada masalah besar dalam sistem. Jadi kita mahu lihat seluruh sistem dibersihkan.

“Kita perlu fokus masalah lebih besar kerana jika fokus satu kes sahaja, masalah sama boleh berulang,” katanya pada sidang akhbar Rasuah Busters: Solusi Transformasik SPRM di Studio F Kumpulan Media Karangkraf di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy