BeritaBantu mangsa banjir bangkit semula

Bantu mangsa banjir bangkit semula

SHAH ALAM – Mangsa pasca banjir ketika ini lebih memerlukan bantuan kewangan selain sokongan moral bagi membolehkan mereka membina semula kehidupan.

Penasihat Projek Rasuah Busters, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, kesemua mangsa terlibat perlu bangkit semula selepas mengalami trauma dan kemusnahan harta benda akibat banjir baru-baru ini.

“Bentuk bantuan yang hendak diberikan mestilah bersesuaian dengan kehendak mereka selepas banjir, contohnya kewangan,” katanya selepas menerima sumbangan bagi Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters di Kompleks Karangkraf di sini baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Presiden Universal Peace Federation (UPF), Profesor Sudesh Balasubramaniam dan turut dihadiri Presiden Family Federation for World Peace, Lai Peng Keong serta Penolong pendaftar Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Luqman Yahya.

Turut serta, Setiausaha Women Federation For World Peace, Tan Wan; Ahli Jawatankuasa Ajar-Ajar Malaysia, Jenisse Lim; Timbalan Presiden Chinese People’s Federation For World Peace, Phua Kean Kok dan Penyelaras Belia Youth and Students For Peace, Simon Teo; rakan gabungan Rasuah Busters, Rosni Rashid serta Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan.

Antara bantuan yang diperuntukkan untuk mangsa banjir ialah makanan tambahan berupa Vitamin C, beras, tenaga kerja membersihkan rumah dan khidmat kaunselor.

Sudesh berkata, melihat penderitaan ditanggung mangsa banjir menggerakkan hati UPF untuk tampil membantu dan menyertai Rasuah Busters sebagai rakan gabungan.

“Kami di UPF berharap bantuan yang disumbangkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir dan akan terus membantu dari semasa ke semasa menerusi gabungan Rasuah Busters,” katanya.Sementara itu, Peng Keong berkata, beliau berbesar hati menyertai gabungan Rasuah Busters dalam Misi #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters selain menjadi rakan gabungan untuk aktiviti-aktiviti seterusnya.

“Saya teruja menyertai gerakan ini bersama badan bukan kerajaan (NGO) lain dalam menyumbang idea, kepakaran dan tenaga kerja untuk membantu golongan kurang bernasib di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Aswara bakal menyumbangkan tenaga kerja selain memberi sokongan moral kepada mangsa banjir.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy