Berita'Biar saya tak dapat kerja itu...'

'Biar saya tak dapat kerja itu…'

Fauziah ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Bicara hati Kak Ogy’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

SHAH ALAM – “Biar saya tak dapat kerja itu, namun untuk saya beri rasuah saya ‘no way’,” kata seniwati Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali Kak Ogy.

Beliau berkata, sebagai orang lama dalam industri seni, rasuah jika diamalkan akhirnya akan memakan diri apatah lagi ia ditegah oleh Islam.

“Saya seorang tidak akan layan bab rasuah, saya amat takut sebab nanti kita semua akan dipersoalkan,” katanya ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Bicara hati Kak Ogy’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Program selama sejam itu dikendalikan oleh Hazlin Hussain sebagai hos.

Fauziah berkata, amat jelas rasuah merupakan perbuatan yang amat dikutuk oleh ALLAH SWT.

“Kenapa kita sanggup terima rasuah, sebab tak dapat nak bendung nafsu nak hidup mewah? Kalau kita mendengar mana-mana ceramah atau membaca surah al-Madiah sudah dinyatakan dengan jelas perbuatan rasuah amat keji,” katanya.

Jelas Fauziah, orang Islam tidak seharusnya menjerumuskan diri kepada benda yang tidak disukai ALLAH selain perlu memikirkan kesannya.

“Jangan lupa akibat terhadap mereka yang tidak bersalah, Contoh ayah ambil rasuah, wang itu kemudiannya diberikan kepada anak, kesian tak anak itu?” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya seseorang yakin dengan perintah dan larangan ditentukan ALLAH, mereka pasti menjadi hamba yang kuat dalam menempuh sesuatu ujian.

“Percayalah jika kita tidak mahu terlibat rasuah, tuhan akan gantikan rezeki lebih berkat, itu amat penting,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy