Berita'Bukan hanya ahli politik, kepimpinan negara yang rasuah'

‘Bukan hanya ahli politik, kepimpinan negara yang rasuah’

SHAH ALAM – Amalan rasuah pada ketika ini bukan hanya melibatkan ahli politik, kepimpinan negara atau mereka yang berada di tampuk kepimpinan sesebuah organisasi sahaja.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, amalan rasuah berlaku di pelbagai peringkat ekosistem tanpa disedari oleh masyarakat.

“Rasuah ini sendiri sebenarnya kalau boleh saya katakan bermula atau berlaku dalam rumah kita sendiri.

Contohnya, boleh jadi seseorang ayah buat sesuatu tak betul dan dia berpesan kepada anak dia jangan bagitahu emak.

Sebagai ganjaran si ayah itu akan membelikan coklat.

“Jadi, bunga-bunga rasuah ini sudah boleh mula berlaku daripada sekeliling atau sekitar kita sendiri tanpa kita sedar.

“Pokok atau faktor kepada perlakuan rasuah ialah ketika ada peluang, ingin melepaskan diri dan juga untuk kepentingan peribadi.

Malah, ada juga yang memberikan justifikasi mengatakan keperluan hidup sekarang yang amat tinggi menyebabkan mereka mengambil rasuah,” katanya dalam rancangan Akademi Daei Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) – Forum Tiga Penjuru mengenai rasuah yang disiarkan di laman Facebook rasmi yayasan tersebut pada Ahad.

Menurutnya, bunga-bunga rasuah tersebut selain justifikasi kesempitan hidup yang menjadi punca mengambil rasuah tidak seharusnya berlaku dalam usaha untuk membendung kesalahan jenayah itu.

Beliau berkata, semua pihak perlu bersama-sama memutuskan rantaian rasuah dengan tidak menganggap amalan tersebut sebagai satu norma dalam kehidupan seharian.

“Ini satu ‘healing crisis’ yang kita semua kena bersama-sama lalui.

Melalui gerakan kempen Rasuah Busters sendiri telah menunjukkan ada peningkatan kesedaran dalam kalangan semua pihak mengenai rasuah ini.

“Ada yang datang kepada kami menyatakan bahawa lagi Rasuah Busters ke depan, lagi banyak kes yang muncul.

Itu juga salah satu kesan yang berlaku di Indonesia, Hong Kong serta negara yang cuba membanteras rasuah.

Pembongkaran demi pembongkaran akan berlaku,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy