BeritaCalon PRN ambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag

Calon PRN ambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag

SHAH ALAM – Calon-calon yang berpotensi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diseru untuk mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) sebagai alat pengukur kebolehpercayaan seseorang individu dan menjadi jaminan kestabilan kepada rakyat negeri tersebut.

Ketua Sekretariat #RasuahBusters, Nurhayati Nordin berkata, calon-calon tersebut seharusnya mengambil peluang untuk menduduki ujian itu bagi membuktikan kepada parti masing-masing bahawa mereka layak menjadi calon.

“Mereka boleh menjadikan keputusan ujian psikometrik sebagai nilai tambah dalam iltizam mereka membawa perubahan kepada rakyat yang memerlukan kelangsungan politik dan ekonomi yang lebih stabil di negara ini.

“Negara-negara yang berada di kedudukan 10 tertinggi dalam Indeks Perspektif Rasuah (CPI) menunjukkan mereka mempunyai ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan untuk membawa mereka ke kedudukan yang stabil dan harmoni.

“Dalam konteks Malaysia, nilai integriti, kestabilan ekonomi dan politik menjadi keutamaan rakyat dan ujian ini dapat membantu proses pemulihan integriti kepimpinan Negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Berikut ialah kenyataan penuh Pasukan Rasuah Busters:

PRN JOHOR:

CALON BERPOTENSI TANDINGI KERUSI DISERU TAMPIL DUDUKI UJIAN PSIKOMETRIK #RASUAHBUSTERS

– Keputusan Indeks Perspektif Rasuah (CPI) Negara yang menunjukkan kedudukan negara berada ditangga yang semakin corot memberi isyarat bahawa suatu langkah yang objektif perlu diambil segera bagi memulihkan tahap integriti Negara.

– Untuk itu, #RasuahBusters menyarankan agar calon-calon yang berpontesi untuk bertanding di negeri Johor untuk tampil menjalankan ujian psikometrik RB TAG sebagai alat ukur kebolehpercayaan seseorang individu dan menjadi jaminan kestabilan kepada rakyat negeri tersebut.

– Ketua Sekretariat #RasuahBusters Nurhayati Nordin berkata, calon-calon pilihanraya yang berpotensi di Negeri Johor seharusnya mengambil peluang untuk menduduki ujian ini dan membuktikan kepada parti masing-masing bahawa mereka berkelayakan untuk menjadi calon. Katanya lagi mereka boleh menjadikan keputusan ujian psikometrik sebagai nilai tambah dalam iltizam mereka membawa perubahan kepada rakyat yang memerlukan kelangsungan politik dan ekonomi yang lebih stabil di Negara ini.

– Negara-negara yang berada di kedudukan 10 tertinggi dalam CPI menunjukkan mereka mempunyai ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan untuk membawa mereka ke kedudukan yang stabil dan harmoni. Dalam konteks Malaysia, nilai integrity, kestabilan ekonomi dan politik menjadi keutamaan rakyat dan ujian ini dapat membantu proses pemulihan integriti kepimpinan Negara.

– Rakyat yang inginkan perubahan menyeluruh kepada negeri dan Negara berhak mendesak bakal pemimpin mereka untuk sekurang-kurangnya telah menduduki ujian ini dan lulus sebelum menerajui kedudukan sama ada di parlimen atau pun di peringkat DUN kerana wajah pemimpin kita adalah penentu wajah Malaysia.

– RB Tag adalah berasaskan nilai dan psikologi masyarakat Malaysia. Kajian tret individu antaranya mengambil kira integriti, patriotism, jatidiri, ketidaklarasan, projeksi, egoistik. Purata masa yang diambil untuk menjawab adalah antara 30 hingga 45 minit sahaja dan nilai kebolehpercayaan (reliability index) yang tinggi iaitu lebih daripada alpha 0.90 (> 90% confidence level).

– #RasuahBusters menjemput calon-calon yang berpotensi untuk bertanding di PRN Johor untuk menghubungi pihak #RasuahBusters di talian 0192802080 bagi memastikan tempat dan sesi bersesuaian untuk menduduki ujian tersebut secara percuma dan dalam masa terdekat.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy