BeritaDapatkan topi khas Ejen Meow esok

Dapatkan topi khas Ejen Meow esok

SHAH ALAM – Topi khas Ejen Meow #RasuahBusters akan diberikan secara percuma kepada seluruh peminat si bulus dalam akhbar Sinar Harian esok.

Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, peminat kucing di seluruh negara yang menyokong penuh usaha Rasuah Busters membanteras amalan rasuah boleh memakaikan topi khas Ejen Meow tersebut kepada haiwan peliharaan mereka sebagai tanda sokongan.

Katanya, aksi menarik si kucing bersama topi khas Ejen Meow itu seterusnya dimuat naik di dalam media sosial masing-masing dengan menyelitkan sedikit mesej penting iaitu antirasuah di dalam ‘posting’ tersebut.

“Bagi peminat kucing di seluruh negara, mereka boleh mendapatkan topi khas Ejen Meow yang menarik itu di dalam akhbar Sinar Harian esok.

“Topi khas itu boleh dipakaikan kepada si bulus kesayangan masing-masing, seterusnya dimuat naik ke media sosial sebagai tanda sokongan usaha Rasuah Busters memerangi rasuah dengan menjadikan kucing sebagai ejen antirasuah.

“Selain itu, ‘posting’ menarik bersama topi Ejen Meow boleh diselitkan dengan mesej benci rasuah, sekali gus membantu menyokong usaha Rasuah Busters menyemai rasa benci terhadap rasuah dalam kalangan orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Majlis pelancaran Ejen Meow diadakan pada hari ini di Kompleks Media Karangkraf.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Pasukan Teras Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf.

Hadir sama rakan gabungan Rasuah Busters, Anas Zubedy yang merupakan Pengarah Urusan di Zubedy (M) Sdn Bhd.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy