[[{“value”:”
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada Rabu atas lima pertuduhan mengedar hampir 600 kilogram dadah jenis methamphetamine dan heroin di daerah Setiu pada April lalu, lapor wartawan Sinar Harian Norhaspida Yatim.
Tertuduh, Nik Khairil Shahruzie Nik Rozlan, 32, dan Muhamad Reduan Meor Hussin, 38, masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #edarDadah
“}]]