BeritaElak terjebak jaringan rasuah

Elak terjebak jaringan rasuah

SHAH ALAM – Rasuah di Malaysia diibaratkan satu sistem rangkaian yang mampu membuat seseorang individu untuk terjerat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Nor’afiza Saim berkata, orang yang mengambil rasuah akan sukar keluar daripada tabiat buruk itu kerana ketagih dengan ‘nikmat sementara’ rasuah.

“Rasuah boleh dikatakan satu perbuatan ketagih kerana individu yang terjebak dalam ‘jaring’ ini akan cenderung melakukannya berulang kali sama seperti dadah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertemuan bersama Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub yang turut disertai Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Sarawak, Awang Mohammad Putra Awang Sopeian di sini pada Selasa.

Nor’afiza memberitahu, IIM menyokong sepenuhnya gerakan menyampaikan mesej antirasuah kepada masyarakat.

Sementara itu, Awang Mohammad Putra berkata, pihaknya sedia memainkan peranan lebih agresif menyampai mesej antirasuah kepada rakyat Sarawak.

“Kami akan menggerakkan perjuangan banteras rasuah dengan lebih agresif dan sasaran kami ialah golongan belia. Kami mengharapkan kerjasama daripada penduduk di Sarawak untuk tidak gentar untuk melaporkan perbuatan rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Hussamuddin menghargai kerjasama IIM dan YARM Sarawak serta berharap gerak kerja seterusnya akan terus terjalin demi mencipta sebuah #MalaysiaTanpaRasuah.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy