BeritaGerai jualan akhbar Sinar Harian diserbu

Gerai jualan akhbar Sinar Harian diserbu

SHAH ALAM – Baru sahaja beberapa minit dibuka, gerai jualan akhbar Sinar Harian di Pasar Tani Stadium Shah Alam diserbu orang ramai sempena aktiviti singgah santun Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang.

Meskipun terpaksa beratur panjang, pembaca setia tetap bersedia mendapatkan akhbar nombor satu arus perdana itu.

Bukan sahaja mahu membaca laporan yang telus dan tulus dari dalam serta luar negara, pembaca setia di sekitar Shah Alam hari ini bertuah mendapatkan hadiah berupa jersi edisi khas Sinar Harian secara percuma.

Pembelian dua naskah Sinar Harian melayakkan orang ramai mendapatkan jersi istimewa Sinar Harian tersebut.

Pelbagai hadiah istimewa diagihkan oleh pihak penganjur Kumpulan Media Karangkraf bersama dua stesen radio ternama negara, Era FM dan Sinar FM.

Sementara itu, satu kejutan untuk pengunjung Pasar Tani Stadium Shah Alam apabila penyanyi legenda Herman Tino tampil menghiburkan orang ramai.

Sama seperti singgah santun di Pasar Awam Tanjong Karang semalam, pemilik nama sebenar Masrun Tamisi itu bersemangat meminta orang ramai memberi perhatian terhadap gejala rasuah yang berlaku di negara ini.

Sambil melaungkan peduli apa dengan Herman Tino, sebaliknya perlu peduli dengan apa yang cuba disampaikan oleh Rasuah Busters dan rakan gabungan pasukan tersebut terhadap mesej antirasuah.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy