BeritaGiliran Kampung Bukit Tadom terima bantuan banjir

Giliran Kampung Bukit Tadom terima bantuan banjir

BANTING – Misi #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters diteruskan pada Selasa di pusat bantuan pasca banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom (A), Kampung Bukit Tadom, Banting, Selangor.

Seramai 237 ketua keluarga orang asli dari tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit Tadom, Kampung Mutus Tua dan Kampung Paya Rumput menerima bantuan daripada #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters.

Setelah selesai mengisi borang permohonan dan disahkan oleh Tok Batin Hadi Anak Jembik, kesemua penerima bantuan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai.

Pemeriksaan kesihatan turut disediakan oleh petugas kesihatan Ikram Health daripada Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Syarikat insurans terkemuka, Allianz General Insurance Company (M) Bhd (Allianz) pula menyediakan lori serbaguna sebagai pusat kesihatan bergerak untuk pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir.

Selain itu, Misi Bantuan Kasih 7.0 Lembah Klang yang digerakkan oleh Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menyumbangkan bantuan berupa barangan keperluan harian.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy