BeritaHerman Tino meriahkan Konvoi #RasuahBusters di Tanjung Karang

Herman Tino meriahkan Konvoi #RasuahBusters di Tanjung Karang

TANJUNG KARANG – Aktiviti singgah santun Konvoi #RasuahBusters di Pasar Awam Tanjung Karang bertambah meriah dengan kehadiran penyanyi legenda, Herman Tino yang menghiburkan orang ramai.

Sambil menghiburkan orang ramai dengan lagu-lagu hitnya, Herman, 67, atau nama sebenarnya Masrun Tamisi turut menyelitkan pesanan dan peringatan agar masyarakat menolak perbuatan rasuah.

Apa yang menarik, penyanyi legenda yang sinonim dengan lagu Melayu Deli itu turut mendendangkan lagu menolak amalan rasuah dalam bahasa Jawa.

Penyanyi yang popular dengan pelbagai lagu, antaranya ‘Derma Bukan Tontonan’ dengan tegas menyeru orang ramai tidak terlibat dengan rasuah.

Mesra dengan panggilan Pak Man, penyanyi anak kelahiran Tanjung Karang itu menyatakan dia agak sedikit kekok dan malu menyanyi di hadapan kawan-kawan sekampung, namun tetap bersemangat demi menjayakan misi Rasuah Busters yang hadir di kampung halamannya.

“Saya sangat terharu dan suka dengan kehadiran Rasuah Busters berada di Tanjung Karang hari ini untuk menyampaikan mesej antirasuah kepada orang ramai di sini.

“Saya ialah orang yang antirasuah dan saya menyanyi hari ini untuk sampaikan mesej tolak rasuah demi kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya semasa menghiburkan orang ramai di sini pada Sabtu.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy