BeritaIBR bukan sekadar seruan tangani rasuah: LUAS

IBR bukan sekadar seruan tangani rasuah: LUAS

SHAH ALAM – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menzahirkan komitmen dan sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan melafaz dan menandatangani lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Selasa.

Lafaz IBR LUAS diketuai Pengarahnya, Hasrolnizam Shaari disaksikan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor, PKPj Ridzuan Abd Malik.

LUAS dalam satu kenyataan memaklumkan, lafaz IBR berkenaan bukan sekadar menyahut seruan untuk menangani gejala rasuah semata-mata.

Menurut kenyataan itu, ia sebaliknya boleh meningkatkan lagi motivasi dan mutu perkhidmatan bagi semua penjawat awam ketika menjalankan tugas.

“Ini seterusnya boleh memberikan manfaat kepada organisasi, negara dan juga seluruh rakyat,” kata kenyataan itu di laman Facebook rasmi LUAS pada Selasa.

Pada Selasa, LUAS turut melancarkan kempen gempur pemberi rasuah sempena Majlis Perhimpunan Bulanan LUAS dan Lafaz IBR bersama SPRM negeri Selangor.

Langkah itu sekali gus memperlihatkan kesungguhan LUAS dalam memastikan pentadbiran dan operasi dilaksanakan lebih telus dan bebas daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy