More

    Iltizam politik perlu dalam perangi rasuah

    SHAH ALAM – Iltizam politik antara elemen penting yang perlu disertakan dalam usaha memerangi budaya rasuah dalam negara.

    Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang juga salah satu daripada usaha tersebut perlu diperjuangkan melalui pendekatan bipartisan.

    “Rasuah hari ini mempunyai kesan serius melibatkan pelbagai kira sektor awam dan swasta.

    “Jadi saya berpendapat sekiranya kita dapat mewujudkan satu pelan ini, apa yang lebih penting daripada mewujudkan pelan ini ialah memastikan kita ada cukup jentera.

    “Tidak ada apa yang saya sifatkan sebagai iltizam politik atau ‘political will’ yang saya rasa itu satu perkara amat penting sekiranya kita hendak memerangi ataupun membendung rasuah di dalam negara kita,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Terlaksanakah Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP)’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

    Turut menjadi panelis ialah Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi, Cynthia Gabriel dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad manakala Nurhayati Nordin bertindak sebagai moderator.

    Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, gerakan Sinar Rasuah Busters perlu terus perjuangkan isu-isu korupsi dan rasuah serta memastikan enam tuntutan NACP mendapat sokongan daripada semua wakil rakyat dan ahli Parlimen.

    “Enam tuntutan itu berasas, rasional dan sangat penting sekiranya kita hendak memastikan negara kita itu bebas daripada rasuah,” menurutnya.

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here