BeritaIsu MySejahtera: Rundingan terus bukti standard governans negara lemah

Isu MySejahtera: Rundingan terus bukti standard governans negara lemah

SHAH ALAM – Trend dan amalan pihak kerajaan melaksanakan rundingan secara terus dengan pihak-pihak tertentu dalam isu membabitkan data awam telah menimbulkan persepsi bahawa standard governans negara ini masih lemah.

#RasuahBusters dalam satu kenyataan berkata, proses pemerolehan kontrak berkenaan memerlukan usaha wajar dan siasatan yang telus untuk menentukan pemberian sebarang award tidak mempunyai sebarang pertalian politik atau konflik kepentingan dengan pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak mahu sebarang inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) menjadi pintu masuk kepada urusniaga berat sebelah dan tidak telus,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Pada 24 Mac lalu, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah membangkitkan persoalan tentang penjualan aplikasi pengesanan Covid-19 kepada sebuah syarikat swasta.

Keputusan kerajaan untuk ‘penyerahan’ ini telah diputuskan oleh Kabinet pada 26 November 2021 dan kebenaran telah diberikan oleh kabinet kepada KKM untuk melantik MySJ Sdn Bhd melalui mekanisme runding terus untuk mengambil alih aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, pada Disember 2021, PAC telah mengesyorkan bahawa kerajaan sepatutnya mengambil alih operasi MySejahtera tanpa kos tambahan memandangkan aplikasi tersebut kini telah menjadi elemen penting dalam sistem kesihatan negara.

Menurut kenyataan itu, kontroversi yang timbul ini menimbulkan kegusaran kerana ia melibatkan 38 juta pengguna MySejahtera.

“Manipulasi data bukan saja boleh berlaku berkaitan maklumat kesihatan dan data peribadi bahkan aplilkasi tersebut mempunyai rekod jejak lengkap operasi perniagaan, strategi dan pelbagai bentuk informasi yang boleh dipetakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini boleh mengakibatkan kerugian berbillion ringgit dan memberi kesan tidak langsung kepada sistem ekonomi dan sosial negara,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, potensi kebocoran data akibat salah guna atau kecuaian transaksi tertentu hanya akan memperluas ruang dan peluang jenayah rasuah dan memperlahankan usaha mengembalikan #NilaiMoralKarakterBangsa yang menjadi asas kestabilan dan pemulihan negara.

“Mempertahankan kerahsiaan data ini adalah mandat oleh rakyat dan kerajaan harus mempraktikkan akauntabiliti yang tinggi terhadap amanah dan tanggungjawab ini.

“Rakyat memandang secara kritikal dan tidak akan bertoleransi terhadap prinsip ketelusan dan profesionalisme kerajaan dalam menangani isu ini,” ujar kenyataan itu.

Kenyataan itu menegaskan, bagi mengelak ketirisan, adalah munasabah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan bahawa sebarang rundingan harus memberi keutamaan kepada entiti berpusatkan kepentingan dan keuntungan jangka panjang,” katanya.

“Rantaian ganas ini harus diputuskan agar normalisasi budaya ini tidak terus membarah.kepada rakyat dan ini tentunya mengurangkan risiko berlakunya amalan kronisme,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy