BeritaIsytihar harta dulu sebelum pegang jawatan kerajaan, GLC

Isytihar harta dulu sebelum pegang jawatan kerajaan, GLC

SHAH ALAM – Pengisytiharan harta terutamanya bagi pemimpin politik yang memegang kedudukan dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dilakukan sebelum mereka menyandang jawatan tersebut.

Eksekutif Umum Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Muhammad Noraiman Zulkifli berkata, langkah itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya penglibatan rasuah serta salah guna kuasa sama ada dalam kalangan pimpinan politik atau penjawat awam.

“Sumber-sumber pendapatan lain juga, perlu diisytihar supaya ada ketelusan.

“Barulah rakyat dapat lihat, bagaimana kehidupan, aset mereka sebelum memegang jawatan besar dan bagaimana kehidupan, aset mereka setelah memegang jawatan tersebut.

“Ini penting saya kira. Langkah yang keras perlu diambil sekiranya berlaku masalah rasuah ini, jangan diberi muka,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, Muhammad Noraiman berkata, pihak berkuasa perlu memainkan peranan proaktif dalam memerangi budaya rasuah daripada akar umbi lagi.

“Saya kira sikap ketamakan, nafsu dan kenikmatan yang dirasai bila mana ada di sesuatu posisi atau kuasa mendorong perkara ini berlaku.

“Hal ini terus menjadi barah bila mana rasuah ini sudah menjadi amalan dinosaur-dinosaur besar politik,” ujarnya.

Jelasnya, amalan sebegitu kemudiannya menjadi ikutan oleh pekerja bawahan yang lain seterusnya memulakan rantaian rasuah dalam sesebuah organisasi.

“Daripada jerung besar hingga jerung kecil, semua sibuk ambil bahagian masing-masing, kaut keuntungan negara.

“Akhirnya yang terkesan dan susah adalah kita rakyat bawahan,” jelasnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy