Jadikan Akta Pembiayaan Dana Politik satu agenda reformasi

0
17

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kerajaan digesa untuk segera membentangkan dan melaksanakan Akta Pembiayaan Dana Politik bagi memberi hala tuju yang lebih jelas terhadap pembiayaan atau penggunaan dana.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh berkata, dengan tiadanya akta tersebut, ia telah menjadi punca terhadap gejala rasuah berskala besar yang berlaku.

Menurutnya, isu pembiayaan akta politik merupakan masalah yang paling sukar dikawal di dalam negara ini.

“Peraturan sekarang ini tidak jelas sama sekali tentang apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan.

“Oleh itu, kami mencadangkan akta ini mesti dimasukkan ke dalam agenda reformasi kerajaan. Kami sambut baik kerajaan mengenalkan agenda reformasi, tetapi itu tidak mencukupi,” katanya semasa Majlis Pelancaran Politik #MalaysiaTanpaRasuah di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Tricia berkata, akta ini perlu dimasukkan dalam reformasi kerajaan agar terdapat ketelusan yang menjadi teras dan sebagai prinsip utama dalam penerimaan dana dan juga perbelanjaan dana.

Tambahnya, pendanaan awam juga perlu dilaksanakan atas beberapa faktor walaupun ia sukar untuk diterima oleh beberapa pihak.

Kata beliau, antara faktornya adalah bagi memastikan parti menerima duit daripada punca yang boleh dipercayai.

“Kalau parti menerima duit daripada kerajaan ia akan mengurangkan kebergantungan kepada dana daripada pihak berkuasa. Ia juga penting kepada pihak-pihak besar, individu kaya, ahli perniagaan yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada dana yang diberi.

“Pendanaan awam juga boleh meningkatkan penglibatan wanita dan orang muda dalam politik jika syarat dikenakan kepada parti ialah dana khas diberi jika arti meletakkan sejumlah calon wanita dan orang muda dalam pilihan raya.

“Selain itu, dana awam juga boleh meningkatkan ketulusan dan pengawalseliaan terhadap parti politik dan mengurangkan rasuah selain hubungan yang lebih erat antara parti dan pengundi,” ujarnya.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here