More

    ‘Jangan bagi muka kepada perasuah’

    SHAH ALAM – Semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum, agama dan pangkat tidak terkecuali dalam misi menolak rasuah dalam kehidupan seharian mereka.

    Sebaliknya, perbuatan tersebut perlu dihindari dan rakyat hendaklah melaporkan segera kepada pihak penguat kuasa sekiranya ia berlaku terhadap diri sendiri agar ada tindakan susulan dapat dikenakan.

    Suri rumah, Robiah Omar, 61, berkata, dengan melaporkan perbuatan rasuah oleh mana-mana individu, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada pemberi atau penerima daripada terus melakukan perbuatan itu.

    Jelasnya, perbuatan terlarang itu perlu segera dihentikan bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada sistem pentadbiran negara.

    “Gejala ini sememangnya tidak boleh dimaafkan dan kita semua tidak terkecuali dalam melarang perbuatan ini. Jangan kita hanya diamkan diri sahaja. Isu ini adalah isu besar meskipun rasuah diterima sedikit sahaja.

    “Jangan kita anggap ia sebagai perkara biasa. Kelak nanti, kita akan terbiasa dengan perkara ini (rasuah) dan akan terus melakukannya demi kelangsungan diri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

    Sementara itu, penjawat awam, Muhammad Zuhair Azman, 24, berkata, seharusnya gejala rasuah ini perlu menerima tentangan hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin utama negara.

    Jelas beliau, sekiranya terdapat pihak yang hanya mendiamkan diri, ia sekali gus memberi ruang kepada perasuah untuk terus melakukan rasuah dengan mudah.

    “Kalau ada pihak berdiam diri, macam mana rasuah dapat dihentikan? Jadi semua pihak perlu terlibat sama. Jangan sesekali kita beri muka kepada perasuah dan kita semua tidak boleh berdiam diri,” tegasnya.

    Turut menyokong perkara itu, pekerja di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Alia Nadhirah Hisham, 24, yang berpendapat, kempen kesedaran berkaitan anti rasuah perlu mendapat sokongan kuat daripada semua lapisan masyarakat.

    “Kempen-kempen berkaitan anti rasuah perlu diperhebat dan rakyat perlu memberi sambutan yang sangat memberangsangkan. Kita tidak mahu kempen yang menarik seperti ini hanya sekadar syok sendiri,” katanya.

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here