BeritaJualan luar biasa akhbar Sinar Harian sepanjang Konvoi #RasuahBusters

Jualan luar biasa akhbar Sinar Harian sepanjang Konvoi #RasuahBusters

SHAH ALAM – Jualan akhbar Sinar Harian di lokasi Konvoi #RasuahBusters umpama ‘pisang goreng panas’ apabila habis dijual sepanjang tiga hari bermula Khamis lalu.

Ketua Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, jualan luar biasa berlaku di lokasi pertama singgah santun di Pasar Awam Tanjong Karang apabila 200 naskah habis diborong dalam tempoh masa kurang 30 minit.

Katanya, sambutan luar biasa tersebut membuktikan akhbar Sinar Harian terus unggul sebagai akhbar bahasa Melayu nombor satu negara dan mendapat tempat dalam kalangan pembaca di negara ini.

“Pada hari pertama Konvoi #RasuahBusters, sebanyak 1,000 naskah Sinar Harian telah diberi secara percuma kepada orang ramai.

“Hari kedua konvoi di sekitar Shah Alam, Cyberjaya dan Kajang, Selangor menyaksikan 400 naskah yang dibawa sepanjang program habis dijual kepada pengunjung yang hadir pada aktiviti singgah santun di beberapa lokasi termasuk di pasaraya Malakat Mall.

“Tetapi apa yang mengejutkan kami adalah sambutan luar biasa pembaca setia Sinar Harian di Tanjung Karang apabila 200 naskah habis dijual dalam tempoh kurang dari 30 minit,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Nik Justin berkata, pihaknya akan menambah jumlah akhbar Sinar Harian pada hari terakhir konvoi di Lembah Klang pada hari ini yang akan berada di beberapa lokasi utama termasuk di Pasar Tani Stadium Shah Alam dan Dataran Pantai Morib.

Katanya, sebanyak 500 naskah Sinar Harian akan dijual pada hari terakhir konvoi di Lembah Klang.

Sementara itu katanya, program ‘Spot and Win’ turut mendapat sambutan meriah apabila pembaca setia Sinar Harian sanggup datang dari jauh semata-mata ingin menyertai program yang menawarkan hadiah wang tunai.

Katanya, dalam tempoh tiga hari Program ‘Spot and Win’ berlangsung, sebanyak 50 pemenang bertuah telah berjaya memenangi hadiah yang ditawarkan.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy