BeritaKartel boleh wujud jika pegawai berpangkat tinggi terima rasuah

Kartel boleh wujud jika pegawai berpangkat tinggi terima rasuah

SHAH ALAM – Kartel dalam pasukan polis boleh wujud sekiranya ada pegawai berpangkat tinggi berkompromi dengan pemberi rasuah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, selalunya pemberi rasuah akan hantar orang tengah dahulu untuk berurusan.

“Dia akan ‘approach’ siapa boleh runding, kalau kita enggan layan maka tidak akan jadi dan begitulah di sebaliknya,” katanya pada Program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Hukuman Rasuah Masih Ringan’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

Program turut menampilkan panelis, Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia (ACFE), Datuk Seri Akhbar Satar dan Exco Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Hariz Yusoff manakala Zaim Zaini bertindak sebagai moderator.

Musa berkata, jika pegawai tinggi berkompromi dengan pemberi rasuah, dia akan mempengaruhi orang lain dan wujud kartel-kartel ini.

“Dalam penjawat awam tiada kartel kerana kartel itu di luar, tetapi bila penjawat awam tadi berkompromi dan ikut kehendak sindiket luar maka akan wujud kartel di mana dia akan letak pegawai-pegawai di situ supaya sindiket ini tidak diambil tindakan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hukuman kepada penjawat awam yang menerima rasuah, beliau mencadangkan supaya dilaksanakan hukuman yang boleh memalukan pesalah.

“Laksanakan hukuman yang memalukan pesalah, contoh dalam kes rasuah wujudkan hukuman rotan, laksanakan ‘public canning’ dengan sendirinya mereka takut hendak terima rasuah,” katanya.

Tambah Musa lagi selain rotan, wujudkan hukuman harta terhadap pesalah di mana jika didapati bersalah menerima rasuah, harta dirampas.

“Selalunya penguat kuasa ini terdedah kepada godaan yang macam -macam. Contoh kalau dia (penguat kuasa) berkehendakan kewangan dia dapat duit, bila suka hiburan diberikan hiburan ataupun kalau dia kaki perempuan dapatlah wanita,” katanya.

Musa berkata, ketika masih menjadi Ketua Polis Negara dahulu, beliau tekad mahu membanteras rasuah dalam pasukan dengan memperkenalkan pemakaian badge ‘saya anti rasuah’ sebelum ditukar kepada slogan ‘integriti amalan kita’ dan kekal sehingga kini.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy