BeritaKerajaan perlu bertindak lebih serius tangani rasuah

Kerajaan perlu bertindak lebih serius tangani rasuah

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih serius terhadap isu rasuah di negara ini dengan mengatur strategi yang betul dan teratur.

Naib Presiden Malaysia Hindu Dharma Maamandram, Vesuanathan Suppiah berkata, ia penting bagi memastikan imej negara kembali bersih daripada gejala negatif tersebut.

Katanya, melihat kepada keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 pada Januari lalu yang mana jatuh ke tangga 62, ia berkemungkinan akan menjejaskan ekonomi negara yang baharu sahaja hendak pulih akibat pendemik Covid-19.

“Selain itu, pelaburan juga akan menerima kesan sama yang mana pelabur akan lari, berpindah ke negara-negara bebas rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan memaklumkan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 merudum ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga 57 pada tahun 2020.

Menurut Muhammad, antara sebab kemerosotan skor adalah kerana tindakan yang sangat terhad daripada kerajaan sedia ada dan kerajaan sebelum ini dalam membendung aktiviti rasuah politik serta mengukuhkan hak asasi manusia.

Mengulas lanjut, Vesuanathan berkata, kemerosotan itu juga berlaku akibat sikap kerajaan yang rapuh selain masalah kesedaran yang cetek dalam kalangan masyarakat berhubung isu rasuah.

Ini kerana, katanya, negara diancam oleh kepimpinan dan jentera awam yang defisit kepercayaan.

“Justeru, rasuah sudah menjadi norma baharu, malah ada segelintir masyarakat sudah tiada rasa malu apabila menerima suapan,” tegasnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy