BeritaKesedaran rasuah perlu libat semua peringkat usia

Kesedaran rasuah perlu libat semua peringkat usia

SHAH ALAM – Kesedaran mengenai rasuah perlu diberikan kepada semua peringkat umur sama ada dewasa mahupun kanak-kanak.

Personaliti TV, Irin Putri Azmi berkata, hal ini kerana rasuah merupakan satu masalah besar yang boleh merosakkan masyarakat.

Menurutnya, masyarakat melihat gejala tersebut merupakan masalah orang dewasa, sedangkan ia turut menjadi masalah kepada golongan muda.

“Justeru, dari segi kesedaran mengenai rasuah, saya fikir bukan sahaja golongan dewasa yang perlu diberikan kesedaran tetapi di peringkat lebih awal lagi.

“Orang melihat (rasuah) ini masalah orang dewasa. Orang tak lihat ia sebagai satu masalah di peringkat generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta memberi pandangan berhubung rasuah menerusi program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk Cabaran Terindah Anak Syurga anjuran Sinar Harian pada Isnin.

Pada program sama, Irin Putri turut berkongsikan kisah beliau yang mempunyai anak istimewa yang secara tidak langsung membuka minda masyarakat dalam memahami kehendak dan karakter sebenar anak istimewa tersebut.

Katanya, ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap tahap komunikasi anak-anak kerana ia adalah amaran awal atau ‘bendera merah’ kepada permasalahan yang mungkin dihadapi oleh anak-anak.

“Sewaktu anak saya berumur dua tahun, dia memang ada masalah komunikasi dua hala. Dia dengan dunia dan tak pandang kita. Kadang-kadang dia akan gelak sendiri.

“Saya buat lagi kajian kenapa anak saya ketawa sendiri dan tidak pandang saya. Ini semua tanda-tanda yang menjurus kepada autisme.

“Jadi, komunikasi tersebut adalah tanda amaran yang sangat penting bagi ibu bapa untuk mengesan. Jika kita lakukan tindakan lebih awal, ini membantu anak-anak kita mengatasi masalah yang dihadapi mereka,” jelasnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy