Berita'Kita berhadapan krisis adab'

'Kita berhadapan krisis adab'

Hamdan Daniel

SHAH ALAM – Rakyat di negara ini sedang berhadapan krisis adab sekali gus menyebabkan pelbagai masalah timbul termasuk lambakan kes rasuah.

Exco Persatuan Tadika Islam Malaysia, Prof Madya Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, sekiranya rakyat memiliki adab tinggi, mereka tidak akan mengambil hak orang lain yang juga diklasifikasikan sebagai rasuah.

Menurutnya, penerapan pendidikan adab yang tinggi perlu disuburkan sejak di tadika lagi agar kanak-kanak dapat menolak kegiatan tidak bermoral pada masa akan datang.

“Bagi saya, kita berhadapan krisis adab. Jika tiada krisis adab, rasuah tidak akan berlaku kerana tiada yang memberi dan menerima. Saya ambil contoh pendidikan di Jepun iaitu sehingga umur 10 tahun mereka mengajar adab sahaja.

“Kalau kanak-kanak sedang bermain, dia ambil barang kawan dia dan cikgu tegur jangan ambil barang kawan. Itu juga satu pembelajaran tentang adab selain pendidikan adab ini perlu dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeluruh,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters ‘Merdekakan Aku’ bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Dalam masa sama, beliau juga melihat kepentingan untuk subjek rasuah diajar di peringkat sekolah untuk mendidik pelajar tentang bahaya rasuah.

“Ada orang cakap setakat budak-budak apa yang mereka faham. Tetapi, sebenarnya ibu bapa dan kita sendiri yang tidak faham. Kanak-kanan ini juga akan menjadi pengundi pada masa akan datang, jadi kalau kita dah terapkan benci kepada budaya rasuah sudah tentu kita tidak akan menghadapi masalah pada akan datang.

“Tidak ada salah untuk kita mengajar benda yang baik seawal mungkin. Subjek rasuah ini adalah satu perkara sejagat, global dan semakin kronik dan belum ada lagi noktahnya,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy