BeritaKonvoi #RasuahBusters meriah di Taman Rasa Sayang

Konvoi #RasuahBusters meriah di Taman Rasa Sayang

SENAWANG – Perkarangan Masjid Arraudhah Kariah Taman Rasa Sayang, dekat sini meriah apabila pelbagai aktiviti diadakan sempena siri jelajah Konvoi #RasuahBusters.

Kehadiran pasukan Rasuah Busters bersama rakan gabungan disambut Ketua Pentadbir Masjid Arraudhah Kariah Taman Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed.

Sempena penganjuran program Singgah Santun di Masjid Arraudhah Taman Rasa Sayang pada pagi Sabtu, satu Kempen Cintai al-Quran turut digerakkan oleh pihak pengurusan masjid.

Selain pelbagai aktiviti sukan santai, pemeriksaan kesihatan oleh Ikram Health dan pertandingan mewarna disediakan kepada orang ramai.

Kesempatan majlis turut dimanfaatkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi penerangan dan mesej antirasuah kepada hadiran.

Ucapan ringkas SPRM tersebut disampaikan oleh Penolong Penguasa (Unit Siasatan) SPRM Negeri Sembilan, Riduan Kadri.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy