BeritaKonvoi #RasuahBusters meriah, tarik minat orang ramai

Konvoi #RasuahBusters meriah, tarik minat orang ramai

PUTRAJAYA – Konvoi #RasuahBusters yang bermula pada Khamis menerima sambutan luar biasa daripada warga Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.

Selain menyampaikan mesej antirasuah oleh pasukan Rasuah Busters dan ahli bersekutu di setiap lokasi terpilih, aktiviti singgah santun yang dianjurkan secara santai turut mendapat sambutan meriah.

Pelbagai acara sukaneka diadakan termasuk pertandingan sepak bola dan permainan dart kepada orang ramai dengan menawarkan hadiah kemeja-T khas Sinar Harian.

Selain itu, program Spot and Win juga mendapat perhatian apabila wang tunai diberikan kepada pemilik kenderaan bertuah yang menampal pelekat khas Jelajah Rasuah Busters sempena Konvoi #RasuahBusters.

Muhammad Khair Idris, 61, muncul pemenang pertama program Spot and Win setelah berjaya dikesan oleh ‘skuad pengintai’ Rasuah Busters semasa di Putrajaya.

Selain itu, edaran akhbar Sinar Harian dan pelitup muka istimewa Rasuah Busters turut diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Setelah berlangsung dua aktiviti meriah singgah santun di Pasar Tani MRR2, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan Stesen KTM KL Sentral, sesi konvoi berakhir dengan program Kafe Rasuah Busters bersiaran secara langsung di Menara Kuala Lumpur.

Di lokasi ikonik negara itu, program Kafe Rasuah Busters bersiaran bersama tetamu istimewa iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff yang membicarakan kisah hidupnya iaitu ‘Dari Tabung Haji Ke Gerai Pok Nik’.

Sementara itu, Yang Di-Pertua Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Putrajaya, Tajul Arifin Che Zakaria menyokong penuh usaha Rasuah Busters menganjurkan Konvoi #RasuahBusters yang sememangnya tepat untuk menyampaikan mesej secara santai kepada masyarakat.

Kata beliau, usaha seumpama itu perlu diteruskan berdasarkan gejala rasuah yang semakin membarah dalam masyarakat.

“Usaha murni ini bukan sahaja perlu digerakkan secara berterusan oleh Rasuah Busters tetapi ia juga perlu mendapat sokongan penuh daripada semua lapisan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ini kerana kesedaran terhadap amalan rasuah semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Maka semua pihak termasuk institusi kekeluargaan, guru-guru dan institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan masing-masing.

“Bagi kami di IKRAM, sokongan 100 peratus akan terus diberikan kepada perjuangan Rasuah Busters,” ujarnya. Sebanyak tujuh buah pemilik motosikal daripada IKRAM menyertai majlis pelancaran Konvoi #RasuahBusters.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy