BeritaKonvoi #RasuahBusters singgah di Ujong Pasir, Melaka

Konvoi #RasuahBusters singgah di Ujong Pasir, Melaka

MELAKA TENGAH – Program turun padang pasukan Rasuah Busters bersama rakan gabungan di Melaka diteruskan dengan aktiviti Singgah Santun di Dewan Terbuka Ujong Pasir, dekat sini.

Langkah bertemu orang ramai sebanyak mungkin pada hari terakhir Konvoi #RasuahBusters dilipatgandakan bersama rakan strategik.

Sokongan penuh terhadap konvoi di Negeri Sembilan dan Melaka kali ini terus dijayakan oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF).

Tidak ketinggalan, sokongan padu disemarakkan dengan kehadiran lori serba guna Allianz Explorer yang lengkap dengan TV LED gergasi menyiarkan video antirasuah, dua skuad radio ternama negara iaitu Era FM dan Sinar FM pada program Singgah Santun di Ujong Pasir.

Selain menyampaikan mesej antirasuah kepada penduduk setempat, aktiviti santai seperti sukaneka dan pertandingan mewarna diadakan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Selepas berakhir program Singgah Santun di Dewan Terbuka Ujong Pasir, Konvoi #RasuahBusters diteruskan ke Dewan Sekolah Rendah Agama Hujong Pasir bersempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Ujong Pasir.

Perkim merupakan rakan gabungan Rasuah Busters.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy