BeritaKonvoi #RasuahBusters tiba di Melaka

Konvoi #RasuahBusters tiba di Melaka

PENGKALAN BALAK – Misi menyampaikan mesej antirasuah diteruskan dan kini Konvoi #RasuahBusters tiba di Bandar Bersejarah Melaka.

Destinasi pertama konvoi adalah di Pantai Pengkalan Balak.

Seperti mana sebelum ini, aktiviti kemasyarakatan bersama orang ramai diadakan menerusi program Singgah Santai di tepi pantai.

Tidak terhenti di situ, Konvoi #RasuahBusters akan ke Dataran Keris, Alor Gajah pada jam 8 malam ini.

Konvoi #RasuahBusters yang bermula pada 9 Disember lepas adalah siri jelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, disertai lebih 400 ahli gabungan dengan misi menyampaikan mesej kesedaran membangun #NilaiMoralKarakterbangsa.

Menurut Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin, Konvoi #RasuahBusters merupakan manifestasi komitmen rakyat bagi memerangi rasuah dengan menyampaikan mesej pendidikan dan kesedaran kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Konvoi #RasuahBusters adalah platform penting buat lebih 400 gabungan Rasuah Busters untuk turun bersama-sama sebagai solidariti tentangan terhadap isu rasuah, selain turut menyampaikan mesej-mesej rasuah mengikut bidang perjuangan organisasi masing-masing,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy