BeritaKuasa Peguam Negara perlu dipisahkan daripada pendakwa raya

Kuasa Peguam Negara perlu dipisahkan daripada pendakwa raya

SHAH ALAM – Pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya perlu dilaksanakan untuk kepentingan awam sekali gus mengelak penyalahgunaan kuasa di peringkat tertinggi.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, kedudukan kedua-duanya dilihat bercanggah antara kepentingan kerajaan dan awam.

Menurut beliau, tuntutan ketiga dari enam tuntutan Rasuah Busters melalui kempen #MalaysiaTanpaRasuah ialah berkenaan fungsi pendakwa raya dikeluarkan daripada peranan Peguam Negara.

“Di bawah tuntutan ini, kami mengesyorkan perubahan dibuat ke atas fungsi dan perjalanan Jabatan Peguam Negara.

“Satu cadangan agar fungsi pendakwa raya dikeluarkan daripada peranan Peguam Negara bagi memperkukuhkan kebebasan fungsi dan peranan pendakwa raya yang kini berada di bawah entiti Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada Rasuah Busters pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, Peguam Negara ketika ini mempunyai dua peranan berbeza di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Peguam Negara merupakan penasihat utama melibatkan undang-undang kepada kerajaan selain pada masa sama, bertindak sebagai pendakwa raya.

Jelasnya, sebagai pendakwa raya, Peguam Negara dikehendaki bertindak secara bebas dan tidak berat sebelah.

“Peguam Negara kini berada dalam kedudukan bercanggah dengan kepentingan dan apabila melibatkan kerajaan mungkin ia tidak sepenuhnya bersesuaian dengan kepentingan awam.“Jadi kami harap kerajaan membuat pindaan kepada Perlembagaan terutama melibatkan Artikel 145 dan Artikel 138 sebelum perubahan ini dilaksanakan,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy