Seorang lelaki warga Thailand direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes meliwat dan mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tiga tahun lalu.
Perintah reman ke atas suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani sehingga Selasa depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Sumber berkata, perbuatan jijik suspek didakwa terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 13 tahun menceritakan perbuatan jahat suspek kepada ibunya berusia 35 tahun ketika menghubungi wanita itu pada minggu lalu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kescabulliwat #mahkamah #Melaka