BeritaMisi bantuan kepada seluruh masyarakat

Misi bantuan kepada seluruh masyarakat

SHAH ALAM – Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters yang digerakkan amat besar dalam menghulur bantuan kepada setiap lapisan masyarakat.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, misi bantuan ini adalah amat penting untuk Rasuah Busters bersama rakyat dan rakyat bersama Rasuah Busters.

“Ini penting untuk kita (Rasuah Busters) bertemu dengan rakyat di samping menyampaikan hal-hal dan isu rasuah selain bantuan.

“Kita sentiasa bersoladiriti bersama rakyat dan bencana yang melanda negara ini akan dijadikan satu pengajaran yang besar bagi kita semua,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, apa yang dilakukan melalui misi ini adalah gerakan secara besar-besaran di mana bantuan dihulur tanpa syarat.

Jelasnya, ini bagi memupuk dan membina keikhlasan dalam mencari pemimpin yang benar dan akhirnya tanggungjawab itu kembali kepada rakyat semula.

“Rasuah Busters bersama misi ini supaya kebersamaan dari rakyat ke rakyat dapat berterusan. Harapan kita agar ia dapat diteruskan dalam usaha menyampaikan mesej-mesej jenayah rasuah di setiap ekosistem masyarakat.

“Kita diberi peluang oleh ALLAH untuk berehsan sesama manusia. Ini yang cuba kita bawa. Kita masih diberi peluang akibat pelbagai kesilapan banyak pihak dan ia perlu diperbetulkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi program Sinar Live bertajuk Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters yang dihoskan oleh Haizir Othman, Nurhayati berkata, selain daripada kesedaran yang akan dibawakan dalam misi ini nanti, pihaknya akan membawakan satu gambaran realiti bahawa berlakunya rasuah antara punca mengapa alam ini tidak berkompromi pada waktu ini.

“Ini yang kita akan lakukan, turun padang dalam bentuk yang lebih baik. Bukan konvoi dalam kesedaran semata-mata tetapi turut menghulurkan bantuan bertemu akar umbi bahawa satu peringatan daripada tuhan telah datang kepada kita kerana kita membawa nilai moral karekter bangsa.

“Kita kena bangunkan semula supaya kejadian begini tidak lagi berlaku tetapi apa yang lebih penting pada waktu ini adalah apa yang boleh kita lakukan,” katanya.

Beliau pada masa sama turut mengajak semua gabungan Rasuah Busters, rakyat dan kepimpinan untuk bergabung bersama-sama dalam menghulurkan bantuan melalui inisiatif tabung yang akan digerakkan oleh Sinar Harian.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy