BeritaMPKS tekad perangi rasuah

MPKS tekad perangi rasuah

TANJUNG KARANG – Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menzahirkan tekad berterusan untuk memerangi amalan rasuah dalam pentadbirannya demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Pengarah Jabatan Pelesenannya, Mohammed Zakir Husin Mohammed Zahid berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah yang dilihat sangat merugikan negara dan menyulitkan urusan orang ramai.

Katanya, amalan rasuah tiada dalam kamus pentadbiran MPKS dan menentang sepenuhnya perbuatan keji tersebut secara habis-habisan terutama melibatkan isu pelesenan.

“Rasuah adalah satu bentuk pemberian berupa sogokan yang diberikan kepada seseorang atas sebab tertentu bagi membolehkan sesuatu perkara yang dihajati dapat diperolehi atau dapat disegerakan.

“Rasuah dalam perkataan lain adalah sogokan, makan suap atau tumbuk rusuk yang merupakan perkara haram dalam agama Islam.

“Maka kami di MPKS terutama di bahagian pelesenan tidak akan terlibat dengan rasuah atau bekerjasama dengan pihak-pihak yang cuba ‘menghulur’ bagi mendapatkan lesen segera,” katanya ketika berucap dalam aktiviti singgah santun Konvoi #RasuahBusters di Tanjung Karang pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohammed Zakir berkata, setiap warga kerja perlu memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap kod etika yang telah dibangunkan demi mewujudkan persekitaran budaya kerja positif dan kondusif.

Malah menurutnya, ikrar integriti setiap warga kerja MPKS dilakukan setiap tahun untuk mengingatkan kepada semua supaya tidak terlibat dengan rasuah.

Selain itu katanya, pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan bagi mengekang amalan rasuah melibatkan warga kerja.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy