BeritaMudah terpedaya habuan harta punca berlaku rasuah

Mudah terpedaya habuan harta punca berlaku rasuah

SHAH ALAM – Masyarakat terutama pelaku rasuah mudah terpedaya dengan tawaran habuan harta benda berbanding memelihara nilai integriti.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Suriani Sudi berkata, itu punca utama yang menyumbang kepada berlaku rasuah dalam negara.

“Antara faktor lain ialah masyarakat tidak sedar rasuah merupakan perkara buruk.

“Mereka mudah terpedaya dengan tawaran berbentuk habuan harta benda berbanding integriti yang sepatutnya dipelihara.

“Lebih mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan awam dan negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Suriani berkata, situasi rasuah di negara ini agak membimbangkan dan perlu diperhatikan supaya tidak merebak menjadi lebih serius umpama barah tahap empat.

“Langkah pertama pihak penguatkuasaan kena lebih telus dan tegas. Tidak boleh pilih bulu dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

“Setiap institusi perlu tekankan kepada pekerjanya akan kepentingan sifat amanah dalam pekerjaan.

“Tanamkan sifat integriti dan jati diri supaya bertanggungjawab terhadap tugasan dan kerja. Tanamkan iman kepada yang Muslim supaya ada rasa takut dan rasa pemerhatian ALLAH setiap masa,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy