More

    Negara perlu mula laksana proses undi dalam talian

    SHAH ALAM – Usaha untuk mula melaksanakan proses pengundian dalam talian pada Pilihan Raya Umum (PRU) perlu dilakukan bagi membantu membendung sebarang eksploitasi semasa tempoh pengundian.

    Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil berkata, perkara tersebut seharusnya sudah boleh mula dibincang untuk dilaksanakan kerana negara sememangnya sudah memiliki teknologi diperlukan bagi tujuan tersebut.

    Menurutnya, penggunaan teknologi digital seperti blok rantai (blockchain) dalam proses pengundian dilihat turut berupaya untuk menangani beberapa isu yang berkait dengan integriti dalam PRU.

    “Saya nampak elemen ini sebenarnya akan mampu memberi kesan terhadap eksploitasi yang berlaku dalam PRU banyak isu lain seperti yang melibatkan proses kiraan undi, pergerakan pengundi dan termasuk pemberian rasuah kepada pengundi di saat-saat akhir,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘PRN Melaka Bayangan PRU15?’ yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

    Turut bersama dalam program yang diacarakan oleh Dr G Manimaran ialah Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi.

    Siraj berkata, penggunaan aplikasi digital MySejahtera membuktikan bahawa negara sudah pun memiliki teknologi yang diperlukan bagi membolehkan langkah tersebut untuk dilaksanakan.

    “Jadi, kenapa tidak kita implementasikan terhadap sistem pengundian di sini juga.

    “Apa la salahnya bawa satu perbincangan terbuka di Dewan Rakyat iaitu usul tentang membuat pilihan raya secara dalam talian menggunakan teknologi blockchain.

    “Kita boleh panggil ramai bijak pandai dalam negara kita yang berada di Universiti yang mampu memberikan satu solusi mudah,” ujarnya.

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here