BeritaNGO sokong masyarakat sivil, penjawat awam kawal SPRM

NGO sokong masyarakat sivil, penjawat awam kawal SPRM

SHAH ALAM – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik saranan menempatkan masyarakat sivil dan sektor awam dalam empat badan yang mengawal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Muhammad Faisal Aziz berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu bentuk rombakan wajar dilakukan dalam agensi tersebut.

“Perlu ada rombakan secara besar-besaran turut sama melibatkan mereka yang tidak berkepentingan.

“Perkara ini penting untuk menjadi semak dan imbang kepada perjalanan SPRM supaya ada ketelusan dan tidak lagi mengulangi peristiwa atau kes-kes seperti baru-baru ini.

“Dengan keanggotaan masyarakat sivil tersebut, ia akan menjadi pengimbang kepada salah laku, ketirisan atau isu-isu tertentu dalam SPRM,” katanya.

Pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tricia Yeoh mencadangkan empat badan untuk mengawal SPRM yang dianggotai 40 peratus masyarakat sivil dan sejumlah 60 peratus penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli berkata, kewujudan mekanisme lebih baik dalam soal mengurus tadbir atau semak imbang SPRM, juga dapat memperbaiki imej badan itu sendiri.

Menurutnya, kes-kes salah laku, pecah amanah dan korupsi melibatkan pegawai-pegawai SPRM menyebabkan keyakinan rakyat terhadap integriti badan agensi tersebut berkurang.

“Kita sambut baik cadangan itu kerana ia sebahagian usaha pembaharuan atau reformasi institusi yang rakan-rakan dalam jaringan masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang usahakan.

“Ini adalah usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap SPRM,” kata beliau.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy