BeritaPangkin dimeriahkan Konvoi #RasuahBusters

Pangkin dimeriahkan Konvoi #RasuahBusters

KUALA PILAH – Konvoi #RasuahBusters terus dihangatkan pada hari kedua jelajah Negeri Sembilan dan Melaka apabila bertandang ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Medan selera Pangkin yang terletak di pekan Kuala Pilah dimeriahkan dengan aktiviti kemasyarakatan, sukaneka santai serta acara menyampaikan mesej antirasuah kepada orang ramai.

Selain lori Allianz Explorer yang lengkap dengan TV LED gergasi menyiarkan video antirasuah, skuad radio ternama Era FM dan Sinar FM turut menjayakan program Singgah Santun di Pangkin.

Aktiviti kemasyarakatan di Pangkin tersebut bermula pukul 6 petang hingga 9 malam.

Mesej antirasuah disampaikan oleh Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Shahrul Aman Mohd Saari; aktivis masyarakat, Abdul Malek Alias serta juru ukur bahan berdaftar, Jumilah Abdul Malek.

Program Singgah Santun di medan selera Pangkin turut mendapat sokongan penuh daripada peniaga-peniaga yang diwakili oleh Muzalini Mustafa.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy