More

    Parti politik mula beri perhatian terhadap integriti calon

    SHAH ALAM – Parti politik utama negara kini dilihat sudah mula memberi penekanan terhadap kepentingan aspek integriti terhdap calon yang mewakili mereka untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

    Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip berkata, perkembangan itu dapat dilihat menerusi pemilihan calon yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lalu termasuk yang dipilih oleh parti utama negara Barisan Nasional (BN)

    “Kalau kita lihat yang bertanding di Melaka, dia (BN) cuba mencari mana calon yang lebih berintegriti. Kita lihat banyak calon muka-muka baharu dan begitu juga yang muda.

    “Jadi akan datang kalau PRU pun, saya rasa parti yang lama pun dia akan cari calon yang bersih kerana mereka tida mahu menghadapi risiko negatif jika yang dipilih itu terpalit dengan isu rasuah contohnya. Jadi itu adalah petanda yang baik,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika etika menjadi panelis program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘PRN Melaka Bayangan PRU15?’ yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

    Turut besama dalam program yang diacarakan oleh Dr G Manimaran ialah Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil dan Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi.

    Mengulas lanjut, Nor Azrina yang juga merupakan ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pengundi kini juga dilihat membuat pilihan berdasarkan kepada kredibiliti calon dan bukannya parti politik yang diwakili calon tersebut.

    “Sebab itu kita lihat daripada PRN Melaka, mereka cukup berhati-hati meletakkan calon. Saya melihat kriteria yang ditekankan adalah integriti calon yang dipilih. Ini kerana parti politik sudah sedar bahawa pengundi dah celik,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Nor Azrina berkata, usaha untuk menghapuskan rasuah secara menyeluruh sememangnya merupakan tugasan yang agak mencabar kerana ia dilihat sudah agak berakar umbi dalam sesetengah kumpulan masyarakat di Malaysia.

    Katanya, pengalamannya terlibat secara langsung pada PRN Melaka turut mendedahkan kepada beliau bahawa gejala rasuah dalam bentuk memberikan suapan untuk meraih undi masih tetap berlaku..

    Beliau mendakwa masih ada pihak yang menawarkan suapan berbentuk wang tunai bagi meraih sokongan daripada pengundi.

    “Jadi ada pihak yang menawarkan RM500 untuk satu undi. Ini kerana mereka tahu kita ada nama-nama yang dah tentu sokong kita, jadi dia beri wang tunai tersebut,” ujar beliau.

    Selain itu, beliau berkata, pengalamannya bertugas sebagai wakil rakyat juga mendapati ramai kontraktor berjumpa dengannya untuk meminta projek dengan cara yang tidak sepatutnya.

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here