BeritaPBM utamakan integriti, tolak amalan rasuah

PBM utamakan integriti, tolak amalan rasuah

SHAH ALAM – Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengutamakan integriti dalam diri setiap kepimpinan parti itu, sekali gus menolak amalan rasuah yang mampu menghancurkan negara.

Ketua Wanita PBM, Dr Daroyah Alwi berkata, PBM juga komited untuk memastikan tiada unsur rasuah berlaku dalam parti itu dan mengekangnya dengan menjalani ujian Psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag).

“Program ini adalah satu program yang sangat baik. Parti PBM bermula dengan kami kepimpinan di peringkat atas dan kemudiannya akan disertai oleh ahli kami yang lain.

“Kami juga mahu melihat bahawa seluruh rakyat Malaysia memahami bahawa seseorang pemimpin itu perlu telus dan juga berintegriti. Jadi, melalui RBTag ini, rakyat boleh tahu siapa pemimpin yang benar-benar telus dan berintegriti untuk mereka angkat jadi pemimpin,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa telah menjalani ujian RBTag yang diadakan di bangunan WUI, Kompleks Karangkraf pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan calon yang membuat ujian RBTag ini bakal menyaksikan pengundi terutama di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lebih yakin untuk mengundi calon yang berintegriti.

“Jadi, pihak PBM juga telah menyarankan calon-calon kami di PRN Johor untuk mereka buat ujian RBTag. Ini untuk memberikan gambaran bahawa calon atau kepimpinan daripada parti PBM sangat mengutamakan integriti dan juga kami komited melawan rasuah bermula daripada diri kita sendiri.

“Malah, saya rasa lebih elok sekiranya ia disebar luas kepada semua pemimpin termasuk parti-parti lain di negara ini,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy