BeritaPemilik, penduduk kediaman strata perlu fahami hak, kesan ketirisan

Pemilik, penduduk kediaman strata perlu fahami hak, kesan ketirisan

SHAH ALAM – Pemilik kediaman strata perlu memahami hak yang diperuntukkan dalam Akta Pengurusan Strata dan seterusnya membolehkan mereka mengesan sebarang salah laku yang berkemungkinan berlaku dalam pengurusan kediaman masing-masing.

Penganalisis hartanah, Faizul Ridzuan mendakwa, elemen ketirisan sememangnya berpotensi wujud dalam pengurusan sesebuah kediaman strata.

“Kita sebagai pemilik atau penduduk yang menyewa kena tahu apa hak kita termasuk hak untuk dapat dokumen daripada JMB. Tentunya bila JMB tak nak beri, bermaksud biasanya ada benda yang cuba disembunyikan.

“Walaupun mereka (JMB) ini buat kerja kerja tanpa gaji tapi duit dalam JMB itu banyak. Elemen ketirisan itu boleh cerita majoriti JMB memang akan ada. Soalnya kecil atau besar sahaja,” katanya ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘JMB Korup, Pemilik Jadi Mangsa’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Program yang dikendalikan Fiza Sabjahan itu turut menampilkan pelakon, Zed Zaidi dan Aktivis, Shafik Abdullah.

Dalam pada itu, Faizul berkata, penduduk juga memiliki hak untuk mencabar pihak JMB di mahkamah sekiranya badan tersebut melakukan perkara bertentangan dengan peraturan ditetapkan.

“Saya rasa dah ada pun beberapa kes yang di mana penyewa yang menang dalam saman mereka terhadap JMB yang buat tindakan seperti potong, elektrik, tidak bagi masuk rumah dan sebagainya.

“Tapi yang penting kita kena faham peraturan dan apa hak kita serta selepas itu kita punya aduan itu pula masuk akal,” ujarnya yang kini sudah menguruskan pembelian 30 bangunan di dalam negara.

Dalam pada itu, Faizul berpandangan bahawa kebanyakan JMB dilihat mempunyai amalan komunikasi yang sangat teruk dalam menjalankan fungsinya.

“Saya percaya daripada keseluruhan masalah yang berlaku antara penduduk dan JMB, 90 peratus daripadanya boleh diselesaikan kalau komunikasi itu dilakukan dengan elok dan formal untuk bagi orang faham,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy