BeritaPenjawat awam lemah dari segi ketelusan, kebertangunggjawaban

Penjawat awam lemah dari segi ketelusan, kebertangunggjawaban

SHAH ALAM – Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berpendapat bahawa kebanyakkan penjawat awam amat lemah dari segi ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Ujar beliau, budaya yang biasanya berlaku di negara ini adalah mereka akan memberi seribu satu alasan dan mula menunding jari kepada mana-mana pihak apabila berlakunya sesuatu kegagalan dalam projek.

Katanya, perkara itu amat membimbangkan dan wajar diperbaiki bagi meningkatkan prestasi pekerja terutamanya penjawat awam.

“Contohnya, macam dalam kes kapal yang kerajaan belanja RM9 billion tetapi sampai hari ini kapal masih belum sampai lagi.

“Baru-baru ini, Perdana Menteri beritahu bahawa kapal akan sampai pada 2025 iaitu selepas lima enam tahun kemudian.

“Soalnya sekarang, kebertanggungjawaban itu dimana? Jadi itu menjadi salah satu masalah di negara kita, kebertanggungjawaban itu tidak ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk SPRM: Integriti Yang Hilang yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panelis ialah Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau; Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi, Cynthia Gabriel manakala Ismail Adnan bertindak selaku moderator.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perubahan sukar berlaku sekiranya aspek ketelusan dan kebertanggungjawaban tidak diwujudkan dalam setiap diri masyarakat serta penjawat awam.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin parti politik perlu berfikir secara bi-partisan untuk kepentingan negara.

“Untuk memperbaiki isu ini, harapan saya adalah mana-mana pemimpin politik parti, kita kena fikir secara bi-partisan tak kira dari parti mana tetapi untuk negara.

“Tiap kali ada isu yang dibangkitkan, benda itu diheboh-hebohkan, selepas itu kita lupakan.

“Rakyat pun tidak bangkitkan isu-isu ini jadi ia hanya panas sekejap sahaja. Jadi walaupun kes ini lima tahun dahulu, anda kena jawab,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy