BeritaPentingnya seruan rakyat pertahan negara daripada rasuah

Pentingnya seruan rakyat pertahan negara daripada rasuah

SHAH ALAM – Seruan daripada rakyat mempunyai peranan penting dalam mengukuhkan perpaduan sesama mereka serta menguatkan usaha mempertahankan negara daripada gejala rasuah.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, ia berikutan kredibiliti kerajaan dalam memerangi rasuah dilihat tidak meyakinkan dan tidak boleh diharap oleh rakyat.

“Kita dalam keadaan ‘political will’ (kehendak politik) yang tidak kuat di peringkat atas. Tidak banyak yang boleh kita harapkan, perebutan politik itu melampaui segala-galanya.

“Kekacauan politik, rasuah jawatan politik dan posisi-posisi dalam kerajaan, menghalalkan lompat parti dan sebagainya, itu juga rasuah.

“Itu pun sekarang tidak ada apa-apa tindakan. Jadi kita tidak boleh mengharap kerajaan yang terbentuk dengan cara begini akan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy