BeritaPeranan kesatuan pekerja penting suarakan isu rasuah

Peranan kesatuan pekerja penting suarakan isu rasuah

SHAH ALAM – Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berpandangan bahawa peranan kesatuan pekerja amat penting dalam usaha mewujudkan kesedaran mengenai budaya rasuah kepada pekerja-pekerja sama ada di peringkat bawahan atau atasan.

Ujar beliau, usaha dalam menyuarakan segala perkara melibatkan rasuah boleh dilakukan melalui buku perjanjian bersama antara kesatuan pekerja dan syarikat-syarikat.

“Apabila kita menandatangani kontrak perjanjian dengan mana-mana syarikat, mesti ada satu artikel yang dimasukkan oleh mereka sendiri (dalam perjanjian) iaitu mengenai rasuah.

“Itulah yang kami lakukan setelah C4 dan juga Sinar Rasuah Busters mengadakan rundingan dengan kesatuan.

“Ada juga beberapa kesatuan yang telah memasukkan artikel tersebut dalam perjanjian bersama. Ini akan memberi kesedaran awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sebagai panelis dalam Forum Khas bertajuk Ketirisan Pemusnah Kesejahteraan Pekerja pada Khamis.

Program yang dihoskan oleh Dr G Manimaran itu turut menampilkan barisan panelis seperti Penyelidik Undang-undang C4 Centre, Arief Hamizan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani dan penceramah bebas, Husni Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Mohamed Shafie menegaskan bahawa perbincangan antara kesatuan pekerja, majikan, pihak atasan dan pekerja-pekerja juga perlu dilaksanakan di setiap organisasi.

“Kesedaran membincangkan perkara ini amat penting. Dan kita di dalam kesatuan ini memberi satu penekanan kepada semua syarikat bahawa kita meletakkan satu proses semak dan imbang pada semua akaun yang ada.

“Perbincangan bukan berlaku di peringkat bawah sahaja. Jadi pihak atasan kena terbuka hati.

“Jadi ketua kesatuan pekerja boleh juga menyampaikan masalah gaji tidak cukup, kenaikan tidak betul, ketirisan berlaku dan sebagainya. Kita mesti ada bukti-bukti kukuh, kalau itu ada saya percaya ramai pemimpin akan sedar akan perkara ini,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy