BeritaPerjuangan banteras rasuah perlu kerjasama semua pihak

Perjuangan banteras rasuah perlu kerjasama semua pihak

SABAK BERNAM – Perjuangan memerangi rasuah bukan hanya terletak di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata, sebaliknya ia memerlukan kerjasama semua pihak.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Selangor, Khairul Izwan Karim berkata, SPRM tidak boleh bergerak secara sendirian bagi menangani isu rasuah.

“Penglibatan sesebuah agensi bukan sahaja memberi imej yang baik kepada mereka malah ia mampu mengekang ketirisan akibat rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Anti Rasuah, Kempen Perangi Pemberi Rasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Daerah Sabak Bernam di Auditorium Sekendi, Institut Perakaunan Negara (IPN) Sungai Lang di sini pada Selasa.

Khairul Izwan berkata, kerajaan juga telah melancarkan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) pada 29 Januari 2019 yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk sebuah negara bebas rasuah dan mengamalkan ketelusan, bertanggungjawab dan integriti.

“Kerangka dasar dan strategi pelan ini terhasil daripada siri perbincangan dan perundingan yang dijalankan dengan sektor awam dan swasta, komuniti perniagaan, media, badan bukan kerajaan (NGO), pakar antirasuah dan ahli akademik.

“Pelan ini menjadi rujukan utama selain bertindak sebagai panduan bagi semua agensi kerajaan dan entiti berkaitan dalam membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) masing masing.

“OACP ini perlu meliputi isu-isu dalaman organisasi berkaitan kelemahan integriti, tadbir urus dan anti-rasuah yang harus ditangani” ujarnya.

Justeru, katanya, SPRM percaya keyakinan dalam kalangan rakyat akan meningkat seterusnya membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya, IBR bukan sahaja sekadar ikrar tetapi penekanan kepada janji yang dibuat oleh sesebuah agensi atau organisasi.

“Sesebuah organisasi amat memerlukan warga berintegriti bagi memastikan ketulusan pelaksanaan urusan hariannya.

“Dengan ini secara tidak langsung akan mengurangkan kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Di peringkat individu pula seorang itu sendiri perlu benar jujur dan sanggup berikrar dengan hati dan lisan untuk bebas daripada sebarang pengaruh atau perbuatan jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” jelasnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy