BeritaRakyat ikut saluran betul terus ditindas

Rakyat ikut saluran betul terus ditindas

SHAH ALAM – Gejala rasuah boleh berlaku kerana adanya ruang dan peluang yang diwujudkan oleh pemberi dan penerima itu sendiri.

Dekan Pusat Pengajian Undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Rohana Abdul Rahman berkata, jenayah rasuah tidak ada mangsa kerana kedua-dua belah pihak mendapat habuan atau manfaat daripada perbuatan tersebut.

“Contoh ruang dan peluang yang boleh berlaku adalah seperti penjawat awam yang diberi kuasa untuk memproses dan meluluskan sesuatu dokumen meminta duit kopi atau duit pelincir bagi melancarkan proses kelulusan tersebut.

“Pemberi duit kopi mendapat hasil dokumen lulus segera, manakala si penerima akan dapat imbuhan wang,” katanya kepada kru Rasuah Busters baru-baru ini.

Rohana menegaskan sekiranya sistem dalam negara berterusan menggunakan pendekatan duality atau dua platform berbeza layanan, maka sampai bila-bila suapan, rasuah dan salah guna kuasa akan terus berlaku.

Jelasnya, secara keseluruhan rakyat akan terus ditindas terutama bagi mereka yang sentiasa bertindak mengikut saluran yang betul berbanding saluran ‘istimewa’.

“Contoh seseorang memohon kerja melalui kaedah yang betul atau memperoleh kerja kerana dia merupakan anak saudara kepada ketua jabatan sesebuah jabatan.

“Begitu juga dalam soal mendapatkan tender,’’ ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy