BeritaRasuah: 55 peratus tangkapan libatkan golongan muda

Rasuah: 55 peratus tangkapan libatkan golongan muda

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sebanyak 55 peratus tangkapan terhadap pelaku rasuah adalah melibatkan golongan muda iaitu 40 tahun ke bawah.

Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Mohamad Tarmize Abdul Manaf berkata, perkara tersebut amat membimbangkan kerana golongan berkenaan mempunyai tempoh perkhidmatan paling penting dalam membangunkan negara pada masa depan.

“Tetapi pada masa yang sama (golongan muda seperti) mereka ini lah antara yang paling ramai ditangkap disebabkan jenayah rasuah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada program Belia Benci Rasuah: Perintis Malaysia Bersih anjuran Malaysian Youth Anti-Corruption Taskforce (MYACT) secara dalam talian pada Jumaat.

Turut Hadir pada program tersebut ialah Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin; Felo Perdana Kementerian Kewangan Malaysia Muhammad Khair Noor Hisham manakal Umar aiman Zamri bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Mohamad Tarmize berkata, perkhidmatan awam merupakan sektor paling berisiko tinggi terlibat dalam jenayah rasuah.

Menurutnya, kajian SPRM mendapati dua sektor bermasalah yang terlibat dengan rasuah iaitu sektor perolehan dan penguatkuasaan.

“Bila penjawat awam terlibat dalam sektor perolehan dan penguatkuasaan ini, mereka mempunyai banyak peluang untuk terlibat dengan rasuah.

“Mungkin mereka tidak mencari sebaliknya mereka sering ditawarkan,” ujarnya.

Mohamad Tarmize berkata, SPRM telah melaksanakan tiga strategi dalam usaha memerangi rasuah iaitu melalui penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan.

Jelasnya, aspek penguatkuasaan menfokuskan kepada kes berprofil tinggi, kes melibatkan kartel, sindiket dan pelucutan hak harta.

“Dari segi pencegahan kita menfokuskan kepada menambahbaik sistem prosedur.

“Dalam aspek pendidikan pula, kita betul-betul mengetengahkan dengan memberi kempen kesedaran kepada sektor-sektor awam,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy