BeritaRasuah berleluasa punca pelabur asing ragu-ragu

Rasuah berleluasa punca pelabur asing ragu-ragu

SHAH ALAM- Gejala rasuah yang berleluasa menyebabkan pelabur langsung asing (FDI) berasa ragu-ragu untuk melabur di sesebuah negara itu.

Pengarah Urusan Kumpulan DNex, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pelaburan dari negara luar amat penting bagi memastikan ekonomi negara dalam keadaan yang baik.

“Jadi, tidak kira lah kerajaan atau sesiapa yang memerintah, FDI sangat penting dan salah satu faktor untuk melabur.

Kalau saya pun jadi pelabur asing, kita lihat indeks rasuah.

Kalau tinggi, kita rasa was-was untuk melabur.

Jangan ambil rendah perkara ini.

“Implikasinya besar.

Bayangkan jika tiada orang melabur, apa akan jadi kepada peniaga kecil, peniaga runcit dan individu di tempat itu?

Mereka tidak akan ada pekerjaan, bisnes dan tempat itu akan merana,” katanya semasa program Kompas Rasuah Busters Kebangkitan #MalaysiaTanpaRasuah yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panelis, Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh manakala Nurhayati Nordin selaku moderator.

Syed Zainal Abidin berkata, beliau mengharapkan agar kerajaan, pihak korporat, pemimpin dan juga rakyat menjalankan tugas dengan membanteras gejala rasuah daripada terus berlaku agar ekonomi negara berada dalam keadaan baik.

“Bila timbul situasi rasuah ini, anda cuma kata tidak dan jalan sahaja.

Memang ada pilihan untuk terima.

Bila kita ambil, ia akan berterusan.

“Perkara ini tidak senang, kena ada ketahanan.

Kalau kita lemah, memang akan ambil rasuah.

Saya merayu dan saya sokong inisiatif Rasuah Busters untuk memerangi rasuah.

Ini tanggungjawab bersama,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy