BeritaRasuah Busters bantu 200 keluarga mangsa banjir

Rasuah Busters bantu 200 keluarga mangsa banjir

GEMAS – Hampir 200 buah keluarga di Felda Sungai Kelamah di sini yang terjejas akibat banjir yang melanda daerah ini pada 1 Januari lalu menerima bantuan bagi meringankan beban ditanggung mereka.

Bantuan tersebut diserahkan sempena Misi #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters yang berkunjung ke daerah itu pada Khamis.

Bantuan berupa barangan keperluan harian, beras serta tuala diserahkan kepada mangsa banjir.

Misi #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters dilaksanakan sempena Konvoi #RasuahBusters ke Negeri Sembilan dan Melaka yang berlangsung pada Khamis hingga Ahad.

Pada majlis penyerahan bantuan tersebut, kesempatan itu digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyampaikan sedikit maklumat berhubung isu rasuah kepada orang ramai.

Misi Konvoi #RasuahBusters di Felda Sungai Kelamah turut disertai oleh sukarelawan dari Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy