Berita‘Rasuah Busters bukan penghukum’

‘Rasuah Busters bukan penghukum’

SHAH ALAM – Peranan serta tugas hakiki Rasuah Busters adalah mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang bahaya gejala rasuah, bukan sebuah badan penyiasat untuk menghukum individu yang melakukan budaya jijik tersebut.

Ketua Pasukan Teras Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pasukan Rasuah Busters diasaskan untuk membanteras budaya rasuah yang telah berakar umbi sejak puluhan tahun di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf berkata, tugas pasukan Rasuah Busters bersama rakan gabungan bukan bertujuan menjadi badan penyiasat, malah bukan juga sebagai sebuah badan kehakiman.

Tegas beliau, tugas utama Rasuah Busters adalah melakukan penetapan semula atau ‘reset’ terhadap #NilaiMoralKarakterBangsa secara holistik, selain mendidik masyarakat membenci amalan rasuah bermula pada usia muda.

“Selain itu, peranan pasukan Rasuah Busters adalah berusaha melibatkan perubahan terhadap sistem nilai, institusi serta undang-undang sedia ada.

“Rasuah Busters perlu fokus untuk tugas-tugas tersebut, malah tidak beremosi tatkala melaksanakan tugas,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Jumaat.Hussamuddin berkata, jika Covid-19 telah mencapai tahap kepada pandemik, begitu juga dengan rasuah apabila ia menjadi pandemik dalam masyarakat.

Beliau memberi contoh, setiap pesakit yang bergejala dengan Covid-19 perlu melakukan ujian PCR bagi memastikan tahap kesihatan diri.

Jelasnya, jika positif, individu tersebut perlu dimasukkan ke hospital dan doktor atau petugas kesihatan akan pantau mereka.

“Rakyat umum diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi putuskan rantaian Covid-19.

“Begitu dengan perbuatan rasuah perlu disiasat sepenuhnya oleh pihak bertanggungjawab yang diberikan kuasa.

“Jika positif atau bersalah, pesalah perlu dihukum atau dimasukkan ke penjara,” ujarnya.

Tambah beliau, kerja-kerja siasatan isu rasuah sepatutnya dilakukan kumpulan yang pakar dan berpengalaman.

“Itu kerja badan penyiasat. Rakyat perlu fokus untuk hapuskan budaya rasuah,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy