BeritaRasuah Busters tampil dengan lebih agresif

Rasuah Busters tampil dengan lebih agresif

SHAH ALAM – Pasukan Rasuah Busters akan tampil lebih agresif dalam menyebarkan mesej kesedaran antirasuah kepada seluruh masyarakat di negara ini.

Pasukan Teras Rasuah Busters, Profesor Harmandar Singh berkata, dengan kekuatan gabungan melebihi 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), diyakini kempen yang dianjurkan itu mampu disebarkan dengan lebih meluas.

“Sebentar tadi, kami berkumpul dan berbincang cara untuk meneguhkan lagi pasukan dan mesej antirasuah.

Saya yang bertanggungjawab untuk buat mesej berkenaan Rasuah Busters ini.

“Kini, kami di fasa ketiga dalam kempen ini di mana sudah tiba masanya untuk kami jadi sikit lebih garang dari sebelum ini dengan memberi penekanan yang lebih lagi.

“Garang ini bukan bermaksud melakukan ia secara kasar, tetapi menjadi lebih aktif untuk sebarkan mesej antirasuah kepada semua.

“Dengan kekuatan semua gabungan yang ada, aktiviti yang kami jalankan seperti kempen ini akan jadi lebih kukuh lagi,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Temu Mesra Rakan Gabungan #RasuahBusters pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pelbagai sektor dan juga agama yang menyertai Rasuah Busters.

“Jadi saya yakin, mesej rasuah ini mampu disebarkan kepada semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan berpuas hati dengan penganjuran Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf anjuran Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Jelasnya, perkhidmatan diberikan seperti penyediaan makanan dan minuman amat memuaskan hati.

“Saya memang sangat berpuas hati dapat berbuka puasa di sini. Ini kerana servis yang diberikan memang bagus. Saya tidak tipu.

“Dalam masa sama, ia juga menggamit kenangan saya pada zaman dahulu. Saya pernah juga berbuka dengan kawan-kawan seperti ini masa kecil,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy