BeritaRasuah dalam pelbagai bentuk jadi punca mahasiswa terjebak

Rasuah dalam pelbagai bentuk jadi punca mahasiswa terjebak

SHAH ALAM – Rasuah yang hadir dalam pelbagai bentuk di peringkat universiti secara fizikal dan material termasuk pemarkahan menjadi punca mahasiswa dilihat antara golongan yang terawal berisiko untuk terjebak dalam jenayah itu.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, evolusi rasuah di peringkat universiti sangat membimbangkan kerana jenayah itu ketika ini tidak lagi hadir dalam bentuk wang ringgit.

“Dulu kita panggil duit tepi atau kopi, tapi sekarang di peringkat mahasiswa dah tukar dipanggil duit Starbuck, duit latte dan macam-macam lagi.

“Malah lebih menyedihkan bentuk rasuah itu tidak muncul secara fizikal atau material, kadang ia boleh berupa bentuk pemarkahan, nasi lemak ketika pemilihan majlis perwakilan pelajar dan pelbagai bentuk lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Belia Benci Rasuah: Perintis Malaysia Bersih anjuran Malaysian Youth Anti-Corruption Taskforce (MYACT) yang dijalankan secara atas talian pada Jumaat.

Hadir sama pada program tersebut ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Tarmize Abdul Manaf; Felo Perdana Kementerian Kewangan Malaysia, Muhammad Khair Noor Hisham manakala Umar Aiman Zamri bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut Nurhayati berpandangan, program yang dijalankan ini sangat penting bagi mengelakkan mahasiswa daripada terjebak dalam budaya rasuah.

Jelasnya, jika program seperti ini diabaikan, situasi yang lebih buruk akan melanda kepada seseorang individu dan akhirnya menjadi mangsa rasuah kepada orang yang tidak bertanggungjawab.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy